≡ Menu




Petua Mudah Hilangkan Parut Jerawat Di Muka

Petua Mudah Hilangkan Parut Jerawat Di Muka ok? Jom ketahui petua rahsia mudah hilangkan parut dimuka kesan daripada jerawat.

Pernah muka anda alami jerawat? Anda tahu petua mudah hilangkan parut jerawat di muka? Okay di sini penulis ingin kongsikan cara atau petua hilangkan parut jerawat di muka lebih berkesan. Pasti anda pernah alami masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Benarkan?

Petua hilangkan parut jerawat

Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Mesti anda rasa kecewa. Ada pulak meninggalkan kesan parut. Tak perlu risau, anda boleh baca tips-tipa yang saya kompilasikan untuk kita sama-sama hilangkan parut jerawat.

Petua Mudah Hilangkan Parut Jerawat di Muka

1. Aloe Vera atau Lidah Buaya

Secara umumnya, Aloe Vera atau nama yang kita kenali iaitu lidah buaya bersifat lembut yang kaya dengan vitamin semulajadi yang dapat membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.

Caranya: Anda hanya patahkan daun, kemudian ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, mengikut kesesuaian anda dan kemudian bilaskan air di muka untuk bersihkan semula.

2. Minyak kelapa dara

Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara kini hanya mudah anda dapatkan di pasaran. Sememangnya minyak kelapa dara mempunyai lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara hasilkan minyak ini yang tak menggunakan haba.

Caranya: Anda hanya perlu titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Kemudian, urut perlahan-lahan di muka anda dengan minyak, dan tak perlu cuci. Biarkan sahaja. 

3. Bedak sejuk

Bedak sejuk sememangnya popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Ia dari turun temurun pagi petua untuk bersihkan wajah dan hilangkan jerawat.

Caranya: Ambil bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Esok hari bilaskan dengan air. Biarkan rutin ini dilakukan seharian.

4. Timun

Timun merupakan sayur-sayuran yang mengandungi kadar air yang sangat tinggi, vitamin A, vitamin C, dan magnesium, di mana kesemuanya adalah terbaik untuk kulit anda.

Caranya: Anda hanya perlu hiriskan timun segar, dan tempekkan (letakkan) pada kulit muka yang berparut. Bilaskan dengan air sejuk selepas setengah jam. Amalkan rutin ini setiap hari sehingga parut hilang.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment