≡ Menu




Petua Berhenti Ketagihan Onani Atau Melancap

Onani adalah melakukan sesuatu perkara sehingga terkeluar air mani pada kemaluan diri sendiri. Ia boleh menyebabkan ketagihan tanpa kita sedari baik lelaki mahupun perempuan jika melakukan aktiviti tidak sihat ini tanpa kawalan.onaniku

Untuk mereka yang sudah terbiasa dengan kelakuan seperti ini, ianya sukar diberhentikan meskipun pada satu tahap mereka berjanji pada diri tidak mahu melancap lagi

Tetapi, apabila didorong oleh kehendak nafsu yang kuat mereka akan mengulangi semula

Ada sesetengah pendapat yang mendakwa, melancap atau beronani ini ada kebaikan, keburukannya dan perkara itu terpulang kepada individu masing-masing

Jika tabiat onani digunakan untuk cara betul seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu syahwat yang tinggi ia masih dianggap normal malah dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian

Namun jika tabiat ini dilakukan atas keseronokan semata-mata ia akan memberikan kesan negatif pada diri

Cara Mudah Berhenti Ketagihan Onani Atau Melancap

Berikut penulis sertakan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada meneruskan tabiat melancap atau onani

Sedarkan Diri
1. Sedarkan diri anda bahawa perkara yang anda lakukan ini adalah salah dan boleh mendatangkan kesan negatif
2. Mungkin dengan membaca bahan bacaan yang menerangkan keburukan melancap ia akan menyedarkan anda
3. Bagaimanapun jangan letakkan diri penuh penyesalan kerana ia mungkin memberi gangguan kepada jiwa
4. Sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi buang yang keruh ambil yang jernih
Punca Rangsangan Nafsu / Seksual
1. Jika rangsangan untuk anda melakukan perkara tersebut datangnya dari internet terutamanya melalui medium laman media sosial tutup komputer atau peranti serta merta dan berbanyakkan istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain
2. Bagi pasangan bercinta elakkan daripada bercakap perkara yang mendatangkan kearah yang menaikkan syahwat
Jangan Menyendiri Atau Tidak Bersosial
1. Kebiasaannya mereka yang kerap beronani ini lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang sekeliling
2. Jika berterusan begini hasrat untuk hentikan tabiat tersebut sukar direalisasikan
Banyakkan bergaul dan cari kawan dengan cara ini ia akan membantu anda keluar dari kepompong kehidupan kesunyian anda
Sibukkan Diri
1. Pelbagaikan aktiviti yang memanfaat diluar kerana ia berpotensi membantu mencapai hasrat untuk berhenti daripada tabiat tersebut
Senaman / Bersukan
1. Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan
2. Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara
3. Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk
Seks Bukan Segala-galanya
1. Kebiasaannya mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas
2. Namun, apabila mereka sudah datang inzal (puas), nafsu akan lari dari fikiran dan ketika itu mula timbul kesedaran bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah
3. Ketika itulah mereka akan rasa menyesal
4. Anda perlu fikir bahawa kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan
5. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikirkan bahawa seks bukan kepentingan aku!
Jangan Fikirkan Seks Sebelum Tidur
1. Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda
2. Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain
Berkahwin / Berpuasa
1. Ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin
2. Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik
3. Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu
Tetapkan Matlamat Dan Azam
1. Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut
2. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya
3. Sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita alpa
Kesimpulannya 
Sebagai kesimpulannya, jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda. Lawan dan segera mengawalnya sebelum perkara ini akan mendatangkan lebih keburukan pada kehidupan anda di kemudian hari. “Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna”

P/S : Tinggalkan tabiat buruk ini yea guys.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment