≡ Menu




Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Jun 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa anda pelajar lepasan SPM untun memohon program ijazah sarjana muda perguruan . Bagi anda yang berkelayakkan dan ingin memohon untuk menjadi seorang cikgu / guru anda boleh membuat permohonan PISMP 2016 online Institut Perguruan Guru (IPG) di sini.

Berikut adalah tarikh permohonan serta tarikh tutup untuk program PISMP bagi ambilan jun tahun 2016 ini:

Tarikh Tutup & Buka Permohonan PISMP 2016
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2016 jam 11:59 malam.
Tarikh Permohonan Dibuka : 10 Mac 2016 (Khamis) jam 12:00 tengahari

Segala pengumuman tentang tarikh tersebut telah di buat oleh pihak KPM sendiri di laman sesawang KPM sendiri
Bagaimana untuk membuat permohonan? Berkikut kami konsgikan cara untuk memohon PISMP Online 2016
Untuk memohon kursus di maktab perguruan atau lebih dikenali sebagai IPG (PISMP) anda boleh membuat permohonan melalui laman sesawang berikut –> PISMP 2016
Bagi yang ingin memohon, berikut kami sertakan beberapa diskripsi perjalanan kursus ini untuk pemohon serta syarat kelayakkan yang diperlukan bagi setiap calon.

BIL PANDUAN DAN SKOP PROGRAM PISMP
1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat kelayakkan ini telah ditetapkan oleh pihak kementrian selaras dengan apa yang diperlukan olehnya, jika tidak memenuhi kreteria yang dikehendaki, permohonan anda mungkin akan ditolak

BIL SYARAT KELAYAKKAN MEMOHON PISMP
1 Warganegara Malaysia,Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
2 Sihat tubuh badan.,Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
3 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
iii. Lulus Bahasa Inggeris.
4 Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususandalam permohonan online).
5 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
6 SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PISMP 2016 ONLINE BOLEH DI SEMAK DI PISMP 2016Sebarang kemusyikilan boleh hubungan info berikut:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, 
JALAN USAHAWAN 1 
63000 CYBERJAYA, SELANGOR. 
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar) 
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment