≡ Menu




Permohonan Online Rumah PR1MA Bagi Tahun 2016

Permohonan-Rumah-PR1MA-Online
Bagi golongan yang berpendapatan rendah, yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan anda boleh memohon untuk memiliki kediaman PR1MA.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi internet selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan sebagai makluman PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran

Selain itu, PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA

Malah PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini PR1MA)

Info Terkini
1. Menerusi pembentangan Bajet 2016, kerajaan akan membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA
2. Rumah PR1MA akan dijual 20 peratus di bawah harga pasaran dengan peruntukan 1.6 billion ringgit
3. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap pada tahun 2016

 

PERMOHONAN RUMAH PR1MA 2016 DAFTAR GUNA BORANG ONLINE

Syarat Dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PR1MA
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas
3. Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000
4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
5. Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA
Cara Membuat Permohonan Online Rumah PR1MA
1. Cara memohon untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA, sila ikuti langkah-langkah permohonan di laman web rasmi PR1MA, klik pada judul pautan berikut
Cara Permohonan PR1MA
Sekiranya pemohon menepati syarat dan kriteria asas yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut
Pendaftaran Akaun PR1MA

Nota

  • Mendaftar akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan
  • Setelah berjaya mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan
  • Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan

https://register.pr1ma.my/Account/Login

Soalan Lazim Dan Jawapan
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen dan maklumat berkaitan seperti yang diminta bagi memastikan proses pendaftaran yang lancar
Untuk mengetahui senarai semak dokumen tersebut sila klik judul pautan (link) di bawah
Senarai Dokumen Yang DiPerlukan
Senarai Negeri / Wilayah Kediaman PR1Ma
Kediaman PR1MA Mengikut Wilayah Negeri
Keputusan Permohonan Rumah PR1MA
Keputusan cabutan undi akan diumumkan di 
http://www.pr1ma.my
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA!
Nota
Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri
Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian
Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain
Rumah PR1MA wajib didiami pemilik
Tentang PR1MA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz
Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, sila layari akaun Facebook rasmi PR1MA dengan klik paa judul pautan dibawah
Facebook Rasmi PR1MA Home
Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang tersediakan di laman web rasmi PR1MA

 

P/S : Sesuai untuk golongan yang pendapatan rendah.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment