≡ Menu

Permohonan Online Mylesen JPJ 2016 Bantuan Lesen Motosikal

jpjBagi adik-adik yang belum mempunyai lesen memandu, anda layak memohon jika berusia 16 tahun keatas terutamanya pelajar sekolah yang menggunakan motosikal untuk ke sekolah. Anda boleh memiliki lesen motosikal dengan kos lebih murah dan rendah apabila satu program yang telah dilancarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Mylesen.

Untuk makluman, harga sebenar atau semasa bagi mendapatkan lesen memandu motosikal bawah 250 cc (kelas B2) adalah sekitar RM350

Dengan program Mylesen, harga berkenaan jauh lebih murah sekali gus membantu golongan yang berpendapatan rendah selain menggalakkan mereka yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen

Program Mylesen adalah antara pendekatan alternatif JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana mereka yang menyertai program itu (penunggang motosikal) akan diajar mengenai kaedah penunggangan selamat dan undang-undang jalan raya sebelum diberi lesen

Logo-JPJObjektif Program MyLesen – 1Rakyat 1Lesen
1. Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah
2. Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya
3. Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau daripada calon pemandu
4. Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina etika pemanduan selamat
5. Membantu orang ramai yang amat memerlukan lesen memandu tetapi kurang mampu
6. Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah
Logo-JPJPERMOHONAN MYLESEN JPJ FASA 2 TAHUN 2016 BANTUAN LESEN MOTOSIKAL
Menerusi pertanyaan dengan pihak JPJ di akaun Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pihak JPJ memaklum program ini dinamakan MyLesen – 1Rakyat 1Lesen
Pendaftaran program MyLesen fasa 2 (MyLesen 2.0) bermula pada 6 April 2016 sehingga 6 Jun 2016 dengan harga yang dikenakan sebanyak RM299 termasuk GST
Pihak JPJ telah bekerjasama dengan pengendali institut memandu di seluruh negeri bagi mewujudkan satu mekanisme untuk melaksanakan program ini
Turut diberitahu, Ahli Skuad Muda 1JPJ adalah keutamaan menyertai produk atau program myLESEN – 1Rakyat 1Lesen

Berikut adalah ringkasan info yang diperlukan

Logo-JPJSyarat Kelayakan Pendaftaran Permohonan MyLesen JPJ 2016
Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja
Berumur 16 tahun dan ke atas
Memiliki MyKad/Polis/Tentera/MyPR
Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan
Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis

Untuk mendapatkan info lengkap myLesen, sila rujuk kepada lampiran berikut

Syarat-Borang-Permohonan-Program-MyLesen

Logo-JPJKadar Bayaran Yuran Pendaftaran Program MyLesen 2016 – 1Rakyat 1Lesen
RM299 termasuk GST
Logo-JPJBorang : Cara Permohonan Dan Daftar MyLesen
Kepada berminat boleh mendapatkan, melengkapkan dan menghantar borang permohonan Program MyLesen JPJ yang telah dilengkapkan dengan sempurna bersama salinan dokumen diperlukan ke mana-mana institut atau sekolah memandu pilihan sendiri yang telah berdaftar dengan pihak JPJ mulai 6 April 2016 dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6 Jun 2016Untuk mengetahui senarai institut memandu di seluruh negeri yang terlibat dengan Program MyLesen, sila layari atau klik pada pautan judul berikut

Senarai Institut Memandu Seluruh Negeri Di Malaysia Program MyLesen

Borang boleh juga dimuat turun (download) melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), klik judul pautan :-
Borang Permohonan Mylesen JPJ 2016

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung dengan program MyLesen boleh juga didapati dengan mengunjungi mana-mana institut memandu yang terlibat

Boleh juga mohon kerja di Jawatan Kosong JPJ sementara ia masih dibuka. Kerja di JPJ akan diberikan kelebihan dalam permohonan Mylesen.

P/S : Sama-sama kita berkongsi maklumat ini. Sila baca lebih lanjut mengenai artikel ini di bawah.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment