≡ Menu

Permohonan Online IPMa KKTM IKM MJII 2016

Untuk info melalui Portal Rasmi MARA, permohonan IPMa 2016 kini di buka secara online. Permohonan IPMa melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) bagi lepasan SPM dan lepasan IKM/ILKA yang boleh dibuat melalui Permohonan UPU dan Permohonan UPIM Online.

Untuk makluman, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun di mana pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.

  1. Kemasukan Januari melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
  2. Kemasukan Julai melaui Permohonan UPU – perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
 ipma mara

Permohonan KPM KKTM IKM MJII 2016 Online

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan 2016 telah di buka seperti tarikh berikut :-

1. Permohonan UPU Online (Lepasan SPM sahaja)

  • Link applikasi permohonan UPU 2016 online : http://upu.mohe.gov.my
  • Tarikh Permohonan : 18 Januari 2016 – 5 April 2016

2. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.

Syarat Am Kelayakan

Program Sijil

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

P/S: Selamat melakukan permohonan buat pelajar yang layak memohon borang tersebut.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment