≡ Menu




Permohonan Online Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2016

Iklan-Permohonan-IKBN-2016
Mana-mana adik yang berminat dalam bidang kemahiran yang merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara adalah diperlawa untuk mengikuti latihan bersama yang ditawarkan pihak Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online)

PERMOHONAN IKBN 2016 ONLINE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA AMBILAN JANUARI

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menerusi satu lampiran iklan pengambilan pelajar baru bagi kemasukan sesi Januari 2016 telah memaklumkan perkara ini dan berikut adalah informasi yang berkaitan

Prosedur Syarat Kelayakan Mohon IKBN 2016
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-30 Tahun
3. Belum Berkahwin
4. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia SPM (Tamat Tingkatan 5)
5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik

 

Latihan Peringkat 
1. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
2. Persijilan JKKP
3. Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
4. Diploma MQA

 

Bidang-bidang utama yang ditawarkan di IKBN
1. Teknologi Mekanikal 7. Teknologi Marin
2. Teknologi Automotif 8. Teknologi Hospitaliti
3. Teknologi Awam 9. Teknologi Fotografi
4. Teknologi Elektrik 10. Teknologi Maklumat
5. Teknologi Elektronik 11. Teknologi Personal
6. Teknologi Tekstil 12. Teknologi Sukan

 

Kemudahan yang disediakan di IKBN
1. Kemudahan sukan dan aktiviti riadah
2. Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran
3. Penginapan, makan minum disediakan

 

Cara Membuat Permohonan IKBN 2016 Secara Online
Sila layari laman sistem permohonan online di pautan berikut

http://eikbn.gov.my/ikbnweb/public/permohonan1.php?mid=3

Maklumat penting yang berkaitan sila layari laman utama sistem permohonan di pautan

http://eikbn.gov.my/ikbnweb/public/index.php?mid=1

Sila gunakan menu-menu yang tersedia untuk mendapatkan maklumat lanjut

Pautan info alternatif

 http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php

Nota : Semua pemohon dinasihatkan membuat semakan kursus dan syarat kemasukan sebelum mengisi atau melengkapkan maklumat dalam aplikasi sistem borang permohonan online

 

Tarikh Buka / Tutup Permohonan

Permohonan dibuka mulai 29 September 2015

Permohonan akan ditutup pada 4 November 2015

Nota: Sebarkan informasi untuk kebaikan bersama-sama

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment