≡ Menu




Permohonan SBP – Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh

Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 ok? Berikut disertakan maklumat penting mengenai permohonan dan pertanyaan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh.
permohonan-sbp-sekolah-berasrama-penu
Para pelajar yang berminat dinasihatkan agar merujuk kepada soalan lazim SBP 2017 ini jika menghadapi sebarang masalah dalam permohonan. Permohonan kemasukkan ke sekolah berasrama penuh bagi Tingkatan 1 dibuka buat pelajar UPSR manakala Tingkatan 4 untuk murid PT3 2016.

Soalan Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Ke SBP 2017

 
Berikut dikongsikan maklumat-maklumat penting berkaitan permohonan untuk memasuki SBP 2017. Untuk makluman semua pelajar yang berminat untuk masuk ke asrama penuh, PENGAMBILAN MURID SBP 2017 akan di buka mengikut tarikh dan ketetapan berikut :
 
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017
TARIKH BUKA  :  15 OKTOBER 2016
TARIKH TUTUP  :   15 NOVEMBER 2016
APPLIKASI PERMOHONAN  :  sila klik https://sst1.moe.gov.my/
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2017
TARIKH BUKA  : 1 DISEMBER 2016
TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2015
APPLIKASI PERMOHONAN  : Klik https://sst4.moe.gov.my/
Berikut di antara soalan yang selalu ditanya oleh pemohon SBP 2017 :-
 
1. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukkan ke SBP?
 
Permohonan kemasukan ke SBP boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian/ on-line sepenuhnya melalui laman sesawang; www.moe.gov.my
2. Siapakah yang boleh memohon?
 
  • Murid Tahun Enam 2016 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
  • Murid Tingkatan Tiga 2016 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
3. Bolehkan murid Tingkatan Dua, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima memohon?
 
SBP hanya menawarkan kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
4. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR diumumkan?
 
Boleh memohon sebelum keputusan diumumkan
5. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
 
Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.
6. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?
 
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/ nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem 
7. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? 
 
Pemilihan Murid Tingkatan 1:
Murid mestilah warganegara Malaysia.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016
Aktif dalam kokurikulum.
Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4
Murid mestilah warganegara Malaysia
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS
Aktif kokurikulum
8. a) Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Tahfiz Model Ulul Albab?
 
Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP Tahfiz Model Ulul Albab?
 
Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan  memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon-calon layak yang telah dikenalpasti akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.
 
9. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
 
Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh terakhir tutupnya permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.
10. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum?
 
Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
11. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?
 
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Manakala keputusan pemilihan dan penempatan ke TIngkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan PT3 diumumkan.
12. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
 
Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid boleh membuat permohonan apabila e-Rayuan dibuka pada ambilan kedua.
13. Bilakah e-Rayuan dibuka?
 
e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama. 
Untuk FAQ yang lengkap sepenuhnya, pemohon boleh memuat turun file dalam PDF di FAQ SBP.
 
Untuk persoalan lain yang lengkap, Sila download di SBP 2017
 
Selamat membuat permohonan bagi memasuki sekolah berasrama penuh SBP tahun 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan nanti. Banyakkan bersolat hajat dan berdoa agar permohonan anda diluluskan. Sila share dan sebarkan maklumat dan info ini kepada rakan-rakan yang berminat.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment