≡ Menu




Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Tahu bagaimana cara membuat Permohonan Borang Kad Peduli Sihat Selangor. Apa yang dimaksudkan Skim Kad Peduli Sihat? Apa syarat kelayakan dan keistimewaan kad tersebut. Untuk makluman, khususnya rakyat jelata Selangor, Skim Kad Peduli Sihat telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah perbelanjaan Negeri Selangor.

Kad Peduli Sihat Selangor

Untuk pengetahuan, pengenalan Skim Kad Perubatan ini adalah untuk membantu golongan yang mempunyai pendapatan bulanan rendah di negeri tersebut. Mereka yang berkelayakan sahaja akan menerima Kad Peduli Sihat yang mempunyai nilai RM500 atau RM200 setahun.

Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Syarat Kelayakan Kad Peduli Sihat Selangor

Kategori A

Satu keluarga boleh mendapat satu Kad Peduli Sihat dalam kategori A yang hanya boleh digunakan untuk pemegang akaun utama dan satu keluaga.

Manfaat :

● Kad ini mempunyai nilai sejumlah RM500 setahun dan boleh digunakan RM50 untuk sekali rawatan.

● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :

● Warganegara Malaysia

● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun

● Untuk suami atau isteri dan anak-anak mereka yang berumur bawah dari 21 tahun

● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM3000 sebulan dan ke bawah

Kategori B

Untuk makluman, kategori B pula adalah untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas.

Manfaat :

● Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM200 setahun dan digunakan RM50 untuk sekali rawatan

● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :

● Warganegara Malaysia

● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun

● Untuk individu yang berumur daripada 21 tahun ke atas

● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM1500 sebulan dan ke bawah

Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Untuk makluman, masa kini permohonan Kad Peduli Sihat secara online masih tidak dibuka lagi. Pemohon yang berkelayakan sahaja yang boleh membuat permohonan Kad Peduli Sihat dengan memuat turun borang manual di sini.

👉 Klik Disini : Borang Kad Peduli Sihat

Borang itu hendaklah dihantarkan kepada Pejabat Adun Selangor yang berhampiran dengan maklumat yang sahih aelepas 22 Disember 2016. Untuk dapat keterangan lanjut, pemohon boleh layari laman web https://pedulisihat.com/ atau hubungi 03-20893911.

Semoga dengan pengenalan Kad Peduli Sihat Selangor dapat memberikan manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan di hospital.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment