≡ Menu




Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB Pelajar 2016

Berita baik buat pelajar Kolej atau Universiti di pusat bandar boleh menikmati kadar tambang istimewa dengan pemberian diskaun sebanyak 50% hanya menunjukkan kad yang dipanggil KTM-i Card di kaunter yang telah dikuatkuasakan bermula 7 Januari 2016.

Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB Pelajar 2016

Tempoh percubaan sebulan akan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTMB i-Card Student. Untuk makluman, pemberian kad diskaun ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.

Cara dan Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB Pelajar 2016

Syarat Permohononan KTMB i-Card

– Kepada pelajar Kolej atau Universiti di Malaysia.

– Terbuka untuk semua warganegara Malaysia

– Yuran tahunan sejumlah RM30.00.

– Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.

– Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

Cara Memohon Kad Diskaun KTMB Pelajar 2016

– Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan KTMB i-Card.

– Pelajad perlu membawa surat pengesahan Kolej/Universiti dengan yuran dibayar secara tunai.

– Proses permohonan boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.

– Operasi kaunter adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat .

– Waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.00 am sehingga 8.30 pm.

– Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuatnaik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.


Semoga dengan adanya KTMN-i Card memudahkan para pelajar universiti dan kolej untuk naiki KTMB dengan kadar bayaran diskaun.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment