≡ Menu




Permohonan Dan Penempatan Latihan Separa Perubatan SPA8i

Pengambilan SPA Untuk Latihan Separa Perubatan

Berikut adalah 12 senarai penempatan mengikut jawatan bagi Latihan Separa Perubatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Segala deskripsi pelajaran untuk setiap jawatan, penempatan latihan. biasiswa dan lain-lain kelayakkan anda boleh rujuk pada pautan jawatan di bawah.

Segala makluman terbaru tentang Latihan Separa Perubatan Jabatan Kerajaan yang melibatkan jawatan-jawatan di bawah akan kami kemaskini di sini. Sila ambil perhatian dan “bookmark” post ini kerana ada update dari kami dari semasa ke semasa.

Bagi calon yang layak dan terpilih, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon perlulah isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Syarat untuk isi permohonan latihan adalah seperti berikut:

  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan
BIL. NAMA JAWATAN
1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
3. Latihan Jururawat
4. Latihan Jururawat Masyarakat
5. Latihan Juruterapi Pergigian
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-Ray
9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment