≡ Menu




Perbezaan dan Senarai Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

Kadang-kadang anda keliru apa beza antara politeknik premier, konvensional dan METrO? Bagi pelajar lepasan SPM pasti ingin tahu apa perbezaan ketiga-tiga politeknik tersebut.

senarai politeknik Malaysia

Politeknik yang mana satu terbaik untuk anda?

Untuk pengetahuan, politeknik di Malaysia dikategorikan kepada tiga iaitu Politeknik, Premier, Konvensional dan METrO. Ketiga-tiganya mempunyai standard yang berbeza, di mana Politeknik Premier dikatakan hampir setaraf dengan Universiti Tempatan berbanding dengan konvensional dan METrO.

Senarai dan Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

Berikut dikongsikan adalah perbezaan antara politeknik premier, politeknik konvensional dan METrO:

Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setaraf dengan IPTA/universiti. Di mana, hanya pelajar yang cemerlang dalam keputusan SPM berpeluang melanjutkan pelajaran ke Politeknik Premier. Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana Muda. Manakala, ia tidak menawarkan program peringkat sijil.

Jika anda ingin membuat permohonan ke Politeknik Premier,  pemohon perlu memohon melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.

Berikut adalah senarai Politeknik Premier buat masa sekarang;

●Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak

●Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor

●Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor 

Politeknik Konvensional

Politeknik Konvensional berada di bawah kategori TEVT (Technical Education and Vocational Training) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam). Untuk makluman, Politeknik Konvensional hanya menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf. Program atau kursus yang ditawarkan ialah pada peringkat Diploma sahaja. Kursus ditawarkan dalam bentuk kursus sepenuh masa dan separuh masa / secara sambilan. Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal UPU.

Berikut adalah senarai beberapa Politeknik Konvensional setakat ini;

●Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang

●Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan

●Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah

●Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan

●Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan

●Politeknik Kuching (PKS), Sarawak

●Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Menggatal, Sabah

●Politeknik Melaka (PKM), Malim, Melaka

●Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang

●Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu

●Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah

●Politeknik Merlimau (PMM), Melaka

●Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak

●Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Lang, Selangor

●Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang

●Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang

●Politeknik Jeli (PJK), Kelantan

●Politeknik Mukah (PMU), Sarawak

●Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan

●Politeknik Mersing (PMJ), Johor

●Politeknik Banting (PBS), Selangor

●Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Kuala Berang, Terengganu

●Politeknik Pagoh (PPJ), Johor (kini menumpang di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan)

●Politeknik Kuala Terengganu (PKKT), Terengganu

●Politeknik Sandakan (PSS), Sabah

●Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis

Politeknik METrO

Politeknik METrO (Maximising Education & Training Opportunities) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan dan perdagangan. Pemohon boleh buat permohonan dengan secara online melalui UPU atau politeknik.

Berikut adalah senarai Politeknik METrO setakat ini:

●Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur

●Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Johor

●Politeknik METrO Kuantan (PMKU), Pahang

●Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Permatang Pauh, Pulau Pinang (kini menumpang di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang)

●Politeknik METrO Betong (PMB), Sarawak

Semoga adanya maklumat mengenai perbezaan politeknik di Malaysia yang dikongsikan di atas dapat membantu anda khususnya pelajar lepasan SPM untuk memilih politeknik terbaik untuk melanjutkan pelajaran.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment