≡ Menu




Pengisytiharan Pengumuman Hari Mula Puasa Bagi Tahun 2016

Alhamdulillah kita bakal menyambut puasa tidak lama lagi. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh mula puasa Ramadhan tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah bagi Malaysia melalui radio dan televisyen tidak lama lagi
Pengumuman-Pengisytiharan-Tarikh-Puasa-2016

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia itu akan dibuat selepas mendapat keputusan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri di Malaysia yang diadakan lewat petang pada hari Ahad, 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437H

Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Pengisytiharan Pengumuman Hari Mula Puasa Bagi Tahun 2016

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan tarikh rasmi permulaan puasa bagi tahun 2016 yang akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat

Perkara Butiran
Aktiviti Pengisytiharan Hari Mula Puasa 2016
Tarikh Melihat / Mencerap Anak Bulan Ramadan

5 Jun 2016 (Ahad) bersamaan 29 Syaaban 1437H

Tarikh Rasmi Hari Permulaan Puasa Ramadhan Tahun Ini (2016) Di Malaysia
  • Tarikh : 6 Jun 2016
  • Hari : Isnin
  • Tarikh Kalender Islam : 1 Ramadhan 1437H
  • Cara tarikh puasa 2016 ditetapkan: Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment