≡ Menu

Penghantar Notis Gred N11 SPA8i

Penghantar Notis Gred N11Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Penghantar Notis Gred N11 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
    Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    RM1, 216.00 RM2, 983.00 RM80.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah)
  • Semua notis perlulah sampai kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment