≡ Menu

Panduan Solat Sunat Istikharah Dengan Betul

Panduan Solat Sunat Istikharah Dengan Betul ok? Jom belajar panduan yang betul untuk solat sunat istikharah disini.

doa selepas solat

Pernah anda Solat Sunat Istikharah? Tahu apa makna Solat Istikharah dan cara yang betul mengerjakannya? Solat Istikharah adalah solat sunat yang dikerjakan bagi mengetahui penentuan dan memohon diberikan petunjuk agar keputusan yang dapati adalah yang terbaik. Istikharah lazim dipraktikkan apabila berlaku ketidakpastian atau kekeliruan dalam melaksanakan satu-satu maksud dan keputusan.

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir. Dengan lebih tepat, dalam pukul 2 atau 3 pagi, di mana waktu itu paling sunyi dan keheningan. Solat ini dilaksanakan sebanyak dua rakaat hampir serupa dengan solat-solat sunat 2 rakaat yang lain.

Panduan Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah

1. Lafaz niatnya ialah,

“Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”.

Antara surah diberi pilihan untuk dibaca dalam solat :

Rakaat pertama : Surah al-Kafirun

Rakaat kedua : Surah al-Ikhlas

2. Doa Istikharah :

Selepas selesai berdoa, hendaklah keputusan yang dipilih lebih cenderung di dalam hati.

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon
limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih
tersembunyi.

Ya Allah, jika persoalan ini…(nyatakan persoalan anda itu di sini)…baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini…(nyatakan persoalan anda itu di sini)… tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Taqdirkanlah aku (dengan) kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”

Untuk lebih difahami, anda boleh dipanjangkan waktu sujud di akhir solat bagi meminta dalam hati kepada Allah tanpa perlu berkata-kata zahir tentang perkara yang dihajati. Selesai memberi salam, berulang berdoa dengan doa Istikhrah dan melafazkan dengan zahir hajat diperlukan.

Mudah-mudahan dengan solat sunat ini, Allah s.w.t menunjukkan petandaNya, di mana kalau yan baik pasti diteruskan dan kalau tidak baik, hindari daripada dilaksanakan. Semoga artikel ini mengenai cara mengerjakan solat sunat Istikharah dapat dijadikan panduan buat umat Islam. Sebarkan ilmu bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda dan sesama insan yang bergelar muslim.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment