≡ Menu

Panduan Pendaftaran Calon MUET Sesi Mac 2017

Panduan Pendaftaran Calon MUET Sesi Mac 2017 ok? Ini adalah panduan untuk pendaftaran calon Muet 2017 yang betul.

muet

Untuk makluman anda, pelajar kini boleh memohon untuk pendaftaran Malaysian University English Test atau dikenali sebagai MUET bagi sesi Mac 2017. MUET adalah satu ujian Bahasa Inggeris yang wajib diambil oleh para penuntut yang sedang belajar sama ada di Matrikulasi, Asasi, STPM, dan Diploma. Kenapa MUET perlu diambil? Apa pentingnya?

Ini kerana menduduki ujian ini merupakan satu syarat yang penting untuk para penuntut yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama atau ijazah sarjana muda. Nak tahu bila tarikh penting MUET sesi Mac 2017? Pastikan baca sampai habis.

Panduan Pendaftaran Calon MUET Sesi Mac 2017

Untuk pengetahuan kepada calon yang baru hendak memohon peperiksaan ini, MUET terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

  1. Pendengaran (listening)
  2. Membaca (Reading)
  3. Menulis (Writing)
  4. Percakapan (speaking)

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan MUET untuk sesi Mac 2017:

Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017

  • Tarikh pendaftaran ujian MUET: mulai daripada 1 November 2016
  • Tarikh akhir pendaftaran dibuka: 9 Januari 2017
  • Tarikh ujian percakapan (speaking session): 13, 14, 15, 16, 20 dan 21 Februari 2017
  • Tarikh ujian bertulis (writing session): 11 Mac 2017

Diharapkan dengan informasi ini memberi panduan kepada calon yang memilih atau memohon ujian MUET yang sesuai bagi mereka. Semoga dengan adanya jadual MUET Sesi Mac 2017 ini dapatlah para pelajar bersiap sedia lebih awal agar dapat memperolehi keputusan yang terbaik sekaligus dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment