≡ Menu




Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU di BSN

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU di BSN ok? Post kali ini adalah berkaitan cara membeli nombor pin unik UPU di BSN.

panduan-membeli-nombor-pin-unik-upu-di-bsn

Tahu cara membeli nombor pin UPU di BSN? Untuk makluman, bagi pelajar yang ingin membuat permohonan ke Institusi Pelajaran Tinggi (IPT) Awam , contohnya kemasukan ke IPTA, politeknik mahupun ILKA secara tidak langsung mereka perlu membeli nombor pin UPU di BSN. Berikut dikongsikan panduan dan cara membeli nombor pin UPU di BSN.

Seperti sedia maklum, tarikh buka dan tutup pembelian, boleh anda rujuk Laman Web BSN di Pembelian PIN BSN. Dengan itu, memudahkan anda untuk membeli nombor pin UPU bagi sesi 2016/2017.

Panduan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Berikut dikongsikan 3 cara atau langkah untuk membeli pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :

1. Kaunter BSN

Pelajar yang ingin memohon ke IPTA boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN berdekatan dengan membawa kad pengenalan & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.

2. ATM ( Automated Teller Machine )

  • Pertama kali masukkan Kad dan No Pin anda
  • Selepas itu, pilih urusan – ‘Beli Pin’
  • Kemudian, anda perlu klik jenis permohonan – ‘IPTA’
  • Dan pilih jenis program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM
  • Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan /My Kad anda
  • Akan terpapar perkataan ‘YA’untuk meneruskan urusan
  • Kemudian, semak maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan manakala ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan anda
  • Akhir sekali anda perlu cetak resit. Perhatian, simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

3. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Berikut langkah atau pamduan untuk mendaftar di mesin ATM atau CDM :-

  • Pertama kali, masukkan kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  • Kemudian, masukkan no. pin dan pilih urusan lain
  • Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  • Lepas itu, masukkan no. telefon bimbit anda
  • Setelah itu, urusan telah berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.

Selepas sahaja anda berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms. Hanya taip;

SMS KE 36898 DENGAN MENAIP PIN<JARAK>M-PIN<JARAK>ORG<JARAK>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN ADALAH NO PIN KAD MATRIX BSN

Jenis Pembelian PIN

  • Permohonan UPU.
  • Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
  • Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College
  • Melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
  • Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
  • Melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  • Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
  • Permohonan Pinjaman PTPTN.

Senarai pembelian No PIN Unik di BSN boleh dirujuk di BSN. Semoga informasi ini mengenai Cara Beli Nombor Pin UPU Di BSN dijadikan panduan dan bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan lanjutan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (UA).

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment