≡ Menu




Borang Permohonan Online Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama

Untuk info kerajaan Malaysia telah melaksanakan satu pembentangan Bajet 2016 untuk memudahkan dan memastikan rakyat memiliki kediaman rumah sendiri. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik.

onlj

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah untuk memiliki kediaman sendiri.

Kelebihan Dan Manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000                     dan ke bawah.

Kerajaan turut memutuskan bahawa penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama sebagaimana yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai bulan April 2016.

Dalam perkembangan sama, bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga sehingga RM300,000, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan beberapa insentif antaranya bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, nilai deposit kekal RM200,000 dan kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak tiga peratus (3%) daripada anggaran kos pembinaan.

Pelaksanaan inisiatif pemilikan rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan.

Terdahulu, pada pembentangan Bajet 2016, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

Info Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama
Sebelum mengemukakan permohonan Skim MyDeposit, pemohon perlu mengenal pasti terlebih dahulu projek perumahan yang hendak dibeli.
Pemohon bebas memilih projek perumahan swasta yang menepati syarat dan harga rumah kurang daripada RM500,000.
Insentif yang diberikan oleh Skim MyDeposit adalah berbentuk sumbangan dan ia tidak perlu dibayar balik.
Kerajaan menetapkan rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual untuk tempoh 10 tahun selepas pembelian.
Pemohon yang sudah ditapis untuk ditawarkan skim berkenaan akan diberi tawaran bersyarat yang sah selama 30 hari berkuatkuasa daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan.
Pemohon perlu memenuhi beberapa perkara seperti menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju atau pemilik asal rumah. Sekiranya pemohon gagal berbuat demikian, surat tawaran bersyarat itu dikira batal dan kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan.
Skim bayaran insentif MyDeposit tidak terpakai bagi program perumahan yang sudah menerima bantuan subsidi seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Rumah Mesra Rakyat.
BORANG PERMOHONAN ONLINE SKIM MY DEPOSIT PEMBIAYAAN RUMAH PERTAMA
Permohonan skim rumah MyDeposit boleh dibuat secara atas talian (Mengisi Borang Permohonan Online) bermula pada tarikh 7 April 2016 sehingga 30 Jun 2016 melalui sistem aplikasi di laman web rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Kaedah Dan Cara Buat Permohonan Online Skim Rumah MyDeposit
Berikut adalah cara atau langkah-langkah mudah untuk membuat permohonan Skim MyDeposit secara online.

 

Step-1Langkah 1
Sila Klik
Halaman Utama Aplikasi Sistem Pengurusan Negara Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
1.1 Klik pada judul pautan
Permohonan Baru
untuk pemohon mendaftar sebagai pengguna (daftar akaun) bagi membolehkan sistem borang permohonan Skim MyDeposit dapat diakses sepenuhnya.
1.2 Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap, seterusnya klik pada butang “Pendaftaran Permohonan”.
1.3 Setelah pemohon mendapat pengesahan pendaftaran akaun berjaya yang akan di hantar melalui email, sila
Log Masuk Sistem Mydeposit
dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.

1-Langkah-Apply-Skim-MyDeposit Pendaftaran-Akaun-Skim-MyDeposit Langkah-2-Apply-Skim-MyDeposit

Step-2Langkah 2
Selepas Log Masuk ke Sistem MyDeposit, sila halakan tetikus pada tab menu MyDeposit, seterusnya klik pada judul pautan “Permohonan Baru” dan pemohon akan ke borang permohonan online untuk mengisi butiran pemohon serta memuat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan.
2.1 Bagi tujuan pengemaskinian maklumat permohonan, halakan tetikus pada tab MyDeposit dan klik pada pautan “Kemaskini Permohonan”.
2.2 untuk menyemak status permohonan pula, hala tetikus pada tab MyDeposit dan klik pada pautan “Semakan Permohonan”.
Semoga Berjaya.

Senarai-Dokumen-Sokongan-MyDeposit

Info Lain-Lain
Semua pemohon dinasihatkan
Muat Turun (Download) Garis Panduan Mekanisme Perlaksanaan Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
bagi mendapatkan lebih kefahaman mengenai Skim MyDeposit selain menyemak maklumat-maklumat penting yang berkaitan
Syarat Dan Kelayakan Permohonan Skim MyDeposit – Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain).
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) boleh diperolehi di laman web berkenaan atau layari Facebook Rasmi Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment