≡ Menu




Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) 07 September 2016

mDKP JOBS

LOKASI KEDAH
SEKTOR KERAJAAN
TARIKH TUTUP 07 SEPTEMBER 2016
GAJI RM1,400-RM3,200 (MENGIKUT JAWATAN)

Jawatan kosong di Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) untuk sesi ambilan September 2016.Permohonan jawatan kosong ini adalah dipelawa daripada Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) kepada  warganegara Malaysia (Keutamaan diberi kepada anak tempatan Negeri Kedah) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan  berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) sebagai :

Jom Apply Jawatan Ini Sekarang Kerana Pekerjaan ini Adalah lebih Terjamin Dan Agak Lumayan.

Kini,Dengan Rasminya Majlis Daerah Kubang Pasu (MdKubangPasu) Membuka Peluang Pekerjaan Kepada Mereka Yang Berkelayakan Untuk Menjadi Sebahagian Daripada Syarikat Mereka.

Jawatan kosong ini dibuka bermula daripada 30 Ogos 2016 sehingga 07 September 2016.(Jom apply sebelum terlambat).

Antara Jawatan Kosong Yang Dibuka Adalah :
Pegawai Tadbir N41
Pegawai Penilaian W41
Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
Penolong Pegawai Tadbir N29
Cara dan Syarat Permohonan :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. MULAI 31 OGOS 2016
2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akedamik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
  • Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada)
3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.
4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Temapatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
 
Yang DiPertua
 Majlis Daerah Kubang Pasu
 Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
 06000 Jitra
 Kedah Darul Aman. 

Mohon share di Whatsapp, Telegram dan Facebook Anda. Terima Kasih atas kerjasama.

Kepada anda yang berminat dan berkelayakkan sila terus muat turun borang permohonan ini sekarang juga.Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,anda boleh KLIK

 

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment