≡ Menu




Latihan Juruteknologi Pergigian

Latihan Juruteknologi Pergigian

Latihan Juruteknologi Pergigian , bagi latihan perubatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

Jantina Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan RM835.57 sebulan
Kem/Jab Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan

  • Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Syarat Latihan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan Akademik

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan Akademik / Fizikal

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan di para (iii) di atas
  • Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan

Perhatian
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment