≡ Menu




Latihan Jururawat

Latihan Jururawat

Latihan Jururawat ,semua info bagi latihan perubatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

Jantina Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan RM835.57 sebulan
Kem/Jab Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan

  • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  • Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  • Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  • Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan Akademik / Fizikal

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan

Perhatian
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment