≡ Menu

Latihan Jururawat Masyarakat

Latihan Jururawat Masyarakat

Latihan Jururawat Masyarakat , semua info bagi latihan perubatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

Jantina Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan 2 tahun 6 bulan
Biasiswa Semasa Latihan RM835.57 sebulan
Kem/Jab Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan

  • Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
  • Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Syarat Latihan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan Akademik / Fizikal

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

  • Mempunyai kelayakan di para (iii) di atas
  • Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan

Perhatian
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: