≡ Menu




Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja , semua info bagi latihan perubatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

Jantina Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan RM835.57 sebulan
Kem/Jab Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan

  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor

Syarat Latihan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan Akademik

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan Akademik / Fizikal

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

Perhatian

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Gred U29.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment