≡ Menu




5 Laman Web Terbaik Carian Kerja di Malaysia

Anda ada masalah nak cari jawatan kosong? Nak tahu cara mudah untuk cari kerja? Adakah anda sedang mencari kerja kosong yang bersesuaian dengan profesion atau bidang anda? Mungkin juga anda baru sahaja tamat konvokesyen dan ingin mencari pekerjaan yang sesuai?

Atau anda ingin mencari pekerjaan yang memberi gaji bulanan yang lebih tinggi daripada sekarang? Apapun, mencari kerja kosong kini lebih mudah dengan portal-portal atau laman web terkemuka yang memudahkan urusan anda untuk mencari pekerjaan idaman yang bersesuaian dengan anda.

Pada entri kali ini, government.my ingin berkongsi dengan anda 5 laman web untuk memudahkan pencari pekerja di Malaysia “job seeker Malaysia”. Untuk maklumat mengenai job, anda boleh dapat turut di laman web government.my mengenai jawatan kosong yang baru dibuka untuk buat permohonan kerja.

5 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia

1. Jobstreet
Tidak perlu diperkenalkan lagi nama Jobstreet yang tidak asing lagi dalam dunia job search atau carian kerja secara atas talian (online), mempunyai rangkaian atau pengaruh yang luas dan pilihan kerja yang sangat besar. Untuk pengetahuan, laman web ini menyediakan job syarikat bukan sahaja di dalam negara, tapi turut daripada luar negara yang bertumpu di sini, jadi Jobstreet antara laman web yang perlu untuk mereka yang serious dalam mencari kerja di alam maya ini.

2. JobsDB
Tidak kurang hebatnya JobsDB, mempunyai syarikat dalam dan luar negara bertumpu di sini dan memudahkan para pencari kerja atau job seeker. Apapun, JobsDB antara pilihan yang terbaik selain Jobstreet dan Jobsmalaysia untuk para pencari kerja sekalian jika merasakan anda tidak mendapat sebarang respon daripada Jobstreet. Boleh anda cuba dengan laman web ini.

3. Jobsmalaysia
Jobsmalaysia juga antara laman web pekerjaan yang besar sama seperti Jobstreet yang lebih banyak mengiklankan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau kerja-kerja kerajaan sendiri. Jika anda berhajat atau berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, Jobsmalaysia adalah antara tempat wajib yang anda perlu cari dan isi.

4. Starjobs
Pernah dengar Starjobs? Mesti anda kurang tahu akan laman web ini. Bukan anda, saya juga begitu, jika anda salah seorang yang pernah membaca akhbar The Star, Starjobs ini merupakan salah satu platform online untuk akhbar harian The Star. Tidaklah sepopular seperti Jobstreet atau Jobsmalaysia tetapi ia masih banyak menyediakan tawaran pekerjaan kepada bakal pemohon pekerjaan. Sekali lagi, silakan mencuba di starjobs, mungkin ada syarikat yang menunggu anda di sana.

5. SPA Malaysia
SPA Malaysia adalah laman web jawatan kosong kerajaan yang lebih memfokuskan kepada pencari pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam. Website ini khusus untuk mereka yang ingin mencari pekerjaan di sektor kerajaan. Pencari kerja atau “job seekers” perlu diingatkan, anda perlu kemaskini permohonan paling kurang dalam masa sebulan sekali untuk laman web ini mendapatkan panggilan temuduga yang lebih cerah dan senang.

Semoga informasi ini dijadikan panduan kepada pencari kerja untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan akademik anda. Jangan lupa baca artikel yang diterbitkan dalam Government.my untuk permohonan jawatan kosong di Malaysia.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment