≡ Menu




Lafaz Niat Solat 5 Waktu Dan Solat Jumaat

Disini kami sediakan 6 lafaz niat solat yang wajib ditunaikan oleh umat islam. Solat adalah tiang agama, jika rapuh solatmu maka rapuh la tiang yang termasuk akhlak, perbuatan, keimananmu.

Solat atau sembahyang dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat.

Anak kunci syurga ialah solat
Solat fardhu wajib dikerjakan oleh orang Islam diantaranya kepada mereka yang telah akil baligh, berakal, suci dari haid dan nifas serta syarat wajib lain yang boleh dirujuk di Al-Azim.

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Beserta Bacaan Rumi

Berikut dikongsikan lafaz niat solat 5 waktu beserta bacaan dalam rumi. Solat fardhu sehari semalam yang wajib didirikan oleh orang Islam adalah Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

  • Niat Sembahyang Subuh

subuh

Usalli fardhaz subhi raka’ataini (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

  • Niat Sembahyang Zohor

zuhur

Usalli fardhaz zuhri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

  • Niat Sembahyang Asar

asar

Usalli fardhaz asri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

  • Niat Sembahyang Maghrib :

Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

  • Niat Sembahyang Isya’ :

Isyak

Usalli fardhaz ‘isya’i arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Jumaat

Berikut dikongsikan niat Solat Jumaat yang wajib dikerjakan oleh umat Islam pada setiap hari Jumaat.

jumaat

Usalli fardhaz Juma’ati raka’ataini adaan makmuman lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta’ala.

Video Lafaz Niat Solat Fardu Lima Waktu

Anda juga boleh belajar Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri dan panduan menunaikannya di laman web Government.my ini.
P/S : Semoga artikel ini bermanfaat dan menjadi rujukan buat anda semua.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment