≡ Menu




Koleksi Kad Ucapan Sambutan Hari Guru 2016

Guru adalah seorang insan yang terpenting selepas ibubapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid. Sempena dengan Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat buat golongan pengajar diatas jasa dan bakti mereka semua.
selamat

Sambutan Hari Guru adalah sewajarnya disambut meriah oleh semua guru dan murid sebagai manifestasi menghargai jasa guru dalam usaha mendidik anak bangsanya Sehubungan dengan itu, guru perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan bukan sahaja daripada ibu bapa dan pelajar, tetapi oleh pentadbir sekolah serta kerajaan

Berikut adalah beberapa tips mengenai cara sambutan Hari Guru serta contoh koleksi kad ucapan Hari Guru 2016 pada tarikh 16 Mei

Sambutan Hari Guru 16 Mei 2016 Di Malaysia
Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dan pengurusan pihak sekolah
Antara program pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG
Ada juga acara, dimana guru-guru akan disambut dengan paluan kompang dan sebagainya untuk memasuki dewan atau tempat khas yang disediakan bagi sambutan berkenaan
Dalam majlis sambutan Hari Guru, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara
Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Acara Persembahan Hari Guru 2016
Persembahan boleh dibuat secara individu ataupun kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. Antara acara yang biasa diadakan adalah seperti persembahan silat, nyanyian, deklamasi sajak, tarian, sketsa dan pelbagai lagi acara yang menghiburkan semua
Turut memeriahkan lagi sambutan, para guru juga akan membuat persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar. Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan
Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar

 

Persembahan boleh dibuat secara individu ataupun kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. Antara acara yang biasa diadakan adalah seperti persembahan silat, nyanyian, deklamasi sajak, tarian, sketsa dan pelbagai lagi acara yang menghiburkan semuaTurut memeriahkan lagi sambutan, para guru juga akan membuat persembahan.

Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar. Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulanKebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar.

Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar

Koleksi Kad Ucapan Sambutan Hari Guru 2016

P/S : Terima kasih cikgu jasamu dikenang sepanjang zaman.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment