≡ Menu




5 Kerja Part Time Yang Popular dan Lumayan

Anda tahu kerja part time yang gaji lumayan dan popular masa kini? Mesti anda nak tahu kan. Sebenarnya, kerja part time ni lebih-lebih lagi kepada student untuk menampung perbelanjaan mereka, di mana kos sara hidup begitu tinggi pada hari ini.

Kerja part time 2016

Buat masa ini mungkin ramai yang melakukan 2 kerja dalam satu masa untuk menambahkan lagi pendapatan. Salah satunya adalah bekerja part time dengan majikan atau bekerja sendiri. Apakah pekerjaan  part time yang paling popular dan memberi lumayan di Malaysia pada tahun 2016? 

5 Kerja Part Time Yang Popular dan Lumayan

Berikut dikongsikan 5 kerja part time yang agak lumayan dan popular di kalangan orang Malaysia :

1. RESTORAN MAKANAN SEGERA

Restoran makanan segera adalah satu kerja sambilan yang paling popular dan sudah lama bertapak di Malaysia. Contoh diberikan banyak bahagian kerja di restoran makanan segera yang memerlukan pekerja sambilan seperti pelayan, delivery dan juruwang.

2. DESPATCH / RUNNER

Bagi yang ingin menambahkan pendapatan, rasanya ia lebih sesuai kepada kaum lelaki kerana menjadi seorang despatch atau runner memang sangat berbaloi lebih-lebih lagi bisnes online sedang meletup. Korang boleh jadi runner seperti Pizza Hut dan KFC. Selain itu, banyak peniaga-peniaga online di luar sana memerlukan khidmat despacth atau runner.

3. BLOGGER

Semakin ramai pelajar dan juga suri rumah tangga yang menjadikan blogger sebagai kerja sambilan. Dikatakan jadi blogger lebih mudah kerana hanya percuma mendaftar dan boleh jana pendapatan melaluinya. Bukan itu sahaja, ia juga menyeronokkan, mampu memberikan pulangan yang lumayan sehingga berpuluh-puluh ribu. 

4. PEGAWAI PROMOSI / PROMOTER

Kerja seorang pegawai promosi ini atau promoter adalah satu pekerjaan yang hanya mempromosikan barang jualan dan juga menerangkan mengenai produk yang dijual. Gaji seorang promoter biasanya diberi dalam lingkungan RM400-500 sehari tetapi komisen dikira per jam atau bilangan produk terjual. 

5. PENSYARAH SAMBILAN / GURU TUISYEN

Pensyarah sambilan memerlukan kelayakan khusus paling tinggi berbanding kerja-kerja sambilan yang lain. Kebiasaannya institut pengajian tinggi akan membuka penawaran jawatan kosong untuk tenaga pengajar sambilan.

Semoga informasi ini membuka mata anda untuk merebut peluang ini dengan menjana pendapatan sampingan hanya kerja part time. Bukan semudah itu, perlu cuba dahulu. 

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment