≡ Menu




Kerja Kursus Geografi PT3 2016

geografi pt3 2016 sistem pengangkutan

Calon-calon Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun 2016 perlu melaksanakan satu tugasan geogragfi dengan tajuk kajian berhubung kaitnya dengan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda.

Dalam menghasilkan ini calon mestilah menepati kehendak soalan dan tugasan yang telah diberikan iaitu

  1. Penentuan tajuk kajian yang relevan
  2. Senarai Kandungan
  3. Penghargaan Pendahuluan (pengenalan)
  4. Objektif Kajian
  5. Kaedah Kajian
  6. Borang Soal Selidik
  7. Rumusan
  8. Lampiran (gambar)

*Nota: berkaitan dengan sumber calon perlulah menggunakan sumber yang asli dan sah ketulenannya, calon tidak dibernarkan copy, tiru hasil kerja orang lain bulat-bulat tanpa kebenaran, pendek kata tugas yang lengkap adalah tugasan hasil usaha sendiri

Jadual Tugasan Kerja Kursus Geografi pt3 2016
TARIKH: 17-19 Julai 2016
WAKTU: 8 Waktu PdP
KOD KERTAS: 23
NAMA KERTAS: Geografi
MASA:
JENIS INSTRUMEN: Pelbagai Instrumen

Jawapan Contoh Tugasan Sistem Pengangkutan Malaysia

Berikut kami kongsikan step-by-step cara membuat tugasan kerja kursus geografi ini dari peringkat mula sehinggalah habis.

1. Menentukan Tajuk Tugasan Anda
  • Dalam menentukan tajuk tugasan, anda perlulah mencari tajuk yang spesifik serta relaven dengan tajuk umum iaitu Pengangkutan.
  • Variasikan tajuk ikut kesesuaian tempat anda dalam kandungan tugasan, berdasarkan tajuk pengangkutan, calon boleh kelaskan sama ada pengangkutan tempat anda udara, darat, air, dan sebagainya.

2. Senarai Kandungan
  • Mulakan halaman 1 dengan Penghargaan dan berikutnya hinggalah ke penghujung halaman/muka surat.

senarai kandungan kerja kursus geografi pt3

3. Penghargaan
  • Dalam proses anda melaksanakan tugasan ini, contohnya penghargaan kepada PEGETUA, GURU ANDA, IBU BAPA, RAKAN-RAKAN, dan juga pihak yang memberi maklumat dan responden terhadap borang kaji selidik anda dan sebagainya.
  • Anda mestilah menyatakan NAMA yang anda hendak beri penghargaan tersebut, berserta SEBAB kenapa anda nak masukkan beliau dalam senarai penghargaan anda
  • Contoh : Sekalung penghargaan saya berikan kepada guru kelas saya iaitu encik ahmad kerana membantu saya mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan dengan sistem pengangkutan dalam proses menyiapkan tugasan saya ini

Kesalahan yang sering dilakukan calon adalah tidak meletakkan nama penuh berserta sebab yang munasabah kepada orang yang anda hendak beri penghargaan itu

Contoh Penghargaan Tugasan Geografi PT3 2016

Saya , Nur Syada Binti Ali ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Laut , Tuan Haji Ahmad Bin Musa
yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya ketika melaksanakan kerja kursus ini .

Di samping itu , saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
ibubapa saya iaitu , Puan Rogayah Binti Mat Sani kerana telah menolong saya menyediakan bahan bagi menjayakan kerja kursus ini .

Selain itu , saya berterima kasih kepada Guru Matepelajaran Geografi saya iaitu , En. Harun Bin Saad yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga tamat tempoh perlaksanaan kerja kursus ini.

Akhir sekali , saya berterima kasih kepada rakan sekelas saya keranamemberi saya semangat untuk melaksanakan kerja kursus ini . Kerjasama , tunjuk ajar dan galakan yang diberi oleh semua pihak membolehkan saya menjayakan kerjakursus ini.

4. Pendahuluan
  • Menamakan tajuk kajian di permulaan ayat pendahualuan
  • Menyatakan sebab kenapa memilih kawasan kajian, boleh masukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengangkutan di situ
  • Nyatakan sekali tempoh kajian dijalankan contohnya, saya menjalan kajian pengangkutan ini selama 3 minggu.

Contoh Pendahuluan Tugasan Geografi PT3 2016

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran dan keperluan Peperiksaan Taksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk mata pelajaran Geografi , para pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan kerja kursus .

Tugasan yang diberikan merupakan kajian tentang Sistem Pengangkutan Di Malaysia. Kawasan kajian yang dipilih untuk melaksanakan kajian ini adalah di Kuala Kedah, Kedah .

Saya telah memilih kawasan kajian ini kerana kawasan tersebut tidak jauh dari tempat tinggal saya dan juga terdapat pelbagai jenis pengangkutan seperti Bas, Teksi, Dan Bot .

Saya ingin mengkaji masalah pengangkutan awam dikawasan kajian ini . Begitu juga dengan cadangan bagi mengatasi masalah pengangkutan di kawasan kajian tersebut .Saya diberikan tempoh masa tiga minggu untuk menyiapkan kerja kursus ini

5. Objektif Kajian
  • Tidak lengkaplah sesuatu tugasan tanpa objektif dan matlamat yang hendak dituju, untuk tugasan kajian geografi pt3 2016 kali ini. Setiap objektif perlulah dilengkapi dengan mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan setiap objektif yang anda hendak lakukan.

Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2016
Objektif kajian ini ialah :

  • Mentakrifkan konsep pengangkutan dengan lengkap dan jelas berdasarkan kawasan kajian , Kuala Kedah, Kedah
  • Menjelaskan jenis-jenis pengangkutan di kawasan kajian , Kuala Kedah, Kedah
  • Menerangkan kepentingan pengangkutan di kawasan kajian , Kuala Kedah, Kedah
  • Menghuraikan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian , Kuala Kedah, Kedah
  • Menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam dikawasan kajian , Kuala Kedah, Kedah
  • Memupuk nilai murni seperti , bertanggungjawab , menghargai pengangkutan , dan bersyukur

6. Kawasan Kajian
Anda perlulah huraikan Kawasan kajian dengan jelas seperti kedudukan lokasi, bentuk fizikal kawasan, sistem pengangkutan, latar belakang tempat kajian beserta dengan peta lokasi dalam bentuk gambar.

Pandangan admin anda boleh pecahkan Kawasan Kajian kepada tiga komponen seperti yang admin lakukan di contoh dibawah

Contoh Kawasan Kajian Tugasan Geografi PT3 2016

6.1 » KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak berhampiran tempat tinggal saya di Kuala Kedah . Kawasan ini terletak di bahagian muara Sungai Kedah. Jarak Kuala Kedah dari pusat bandar iaitu Alor Setar cuma 10 km sahaja.

Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah rata yang sesuai untuk dibina jalan pengangkutan dan petempatan. Pandagan perairan fizikal kawasan ini terletak juga di kawasan laut dan sungai.

Oleh itu , kawasan ini menjadi tumpuan penduduk dan orang luar dari kawasan untuk menggunakan pengangkutan di sini . (wikipedia untuk tahu tentang kawasan anda)

6.2 » PETA DERAH KUALA KEDAH, KEDAH (Klik Untuk Besarkan)contoh peta daerah kajian kerja kursus geografi pt3

6.3 » PETA KAWASAN KAJIAN (Klik Untuk Besarkan)contoh peta kawasan kajian kerja kursus geografi pt3

7. Kaedah Kajian
Calon perlulah mengenalpasti kaedah kajian dan menghuraikannya. Setiap huraian mestilah selaras dengan kaedah yang anda lakukan tersebut.

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2016

Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam melaksanakan kajian ini:

  • Kaedah Pemerhatian- Saya membuat pemerhatian jenis–jenis pengangkutan awam yang terdapat di sekitar kawasan tempat saya
  • Kaedah Temu Bual- Melalui kaedah ini saya telah menemu bual 2 orang responden untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam , masalah perkembangan pengangkutan awam dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut
  • Kaedah Soal Selidik – Sebanyak 20 helai borang soal selidik telah saya edarkan kepada 20 orang responden untuk menjawab beberapa soalan yang telah saya reka . Soalan -soalan tersebut berkenaan kepentingan pengangkutan awam , masalah perkembangan pengangkutan awam dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut (borang soal selidik, lihat LAMPIRAN)
  • Kaedah Rujukan- Saya telah melayari internet dengan membuat rujukan di laman Wikipedia, government.my, dan DBDP bagi mencari definisi dan huraian tentang konsep sistem pengangkutan.

8. Hasil Dapatan Kajian
Hasil Dapatan Kajian merupakan bahagian yang paling penting dalam kajian tugasan sistem pengangkutan geografi pt3 ini, segala data, maklumat, laporan yang anda kumpul hendaklah ditulis di bahagian ini.

Untuk bahagian hasil dapatan ini, anda perlulah pecahkannya kepada 5 bahagian seperti contoh di bawah ini, setiap bahagian sila huraikan dengal laporang yang anda kumpul.

8.1 » Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan
Membuat difinisi pengangkutan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan tentang Sistem tersebut.
Contoh Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan
8.2 » Jenis Sistem Pengangkutan
Kenalpasti sistam pengangkutan di kawasan kajian, dan nyatakan setiap pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian. Bina Jadual Dan Graf /Carta Pai hasil kajian jenis-jenis paengankutan dan ada boleh juga meletakan grafik bergambar pengangkutan tersebut.
Contoh Jenis Sistem Pengangkutan
8.3 » Kepentingan Perkembangan Sistem Pengangkutan
Huraikan apa perkembangan yang deperolehi dari sistem pengangkutan di kawasan kajian, dalam erti kata lain apa yang pengakutan itu dapat beri manfaat terhdapat kawasan kajian.
Contoh Kepentingan Perkembangan Sistem Pengangkutan
8.4 » Kenal Pasti Dan Huraikan Masalah Pengangkutan Yang Dihadapi
Huraikan apa masalah jika pengankutan bertambah pesat di kawasan kajian, (fokus kepada jenis pengangkutan yang menjadi kajian)
Contoh Kenal Pasti Masalah Sistem Pengangkutan
8.5 » Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan
Anda perlu memberi cadangan yang kreatif, relevan dan logik dalam penambahbaikan sistem pengangkutan di kawasan kajian.berdasarkan keadaan di kawasan kajian (tempat tinggal) atau (sekolah calon).
Contoh Cadangan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan>

9. Rumusan Kajian
Rumusan kajian menyeluruh adalah berdasarkan kepada semua skop kerja dari mula anda membuat tugasan hingglah ke akhir kajian. Anda boleh huraikan dalam bentuk seringkas yang boleh.

10. Lampiran
  • Di bahagian ini ada boleh memasukkan segala gambar, graf/carta pie, borang soal selidik dan sebagainya untuk lampiran

11. Rujukan
  • Rujukan Buku Teks
    Latifah Mahfod & Shamsiah Ahmad , 2003 , Geografi Tingkatan 2 , KualaLumpur , Edaran Kemajuan ( M ) Sdn. Bhd .
  • Rujukan Internet
    http://kkg2012.blogspot.com
    https://www.box.com
    http://www.bumigemilangg.com
    http://www.scribd.com
    http://government.my/kerja-kursus-geografi-pt3
  • Orang Sumber
    Adelina Baptist , 50 tahun , No. 5 Jalan Gemilang 2 , 28700 Bentong , PahangDarul Makmur ( Penduduk )
  • Melawat Tempat Kajian
    HENTIAN RAYA , 28700 Bentong , Pahang Darul Makmur

Pautan Info Tugasan PT3 Geografi 2016
Contoh Borang Soal Selidik Sistem Pengangkutan Geografi PT3 2016
Contoh Graf/Carta Pie Sistem Pengangkutan Geografi PT3 2016
Contoh Folio Penuh Kerja Kursus PT3 Sistem Pengangkutan (1)
Contoh Folio Penuh Kerja Kursus PT3 Sistem Pengangkutan (2)
Contoh Folio Penuh Kerja Kursus PT3 SIstem Pengangkutan (3)

Leave a comment

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment