≡ Menu




Kerja Kerajaan Vs Kerja Swasta

Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta ok? Apa best kerja kerajaan dan apa best pula jika bekerja di sektor swasta? Baca dan fahami perbezaan dan manfaat kedua-dua sektor.
kerja kerajaan vs swasta
Pernah tak anda terfikir kalau selepas tamat saja pengajian, pasti anda keliru sama ada mahu kerja dalam sektor kerajaan atau swasta? Mesti anda tertanya-tanya, apa kelebihan yang ada dalam kedua-dua sektor tersebut. Jawatan kosong mana yang menjadi pilihan anda betul?
 
Masalah akan menjadi rumit sekiranya anda mendapat tawaran gaji yang sangat memuaskan dalam kedua-dua sektor ini. Pasti anda buntu untuk membuat pilihan? Bagi yang ingin tahu apa kelebihan kerja kerajaan dan swasta, teruskan baca artikel ini selanjutnya…
 
Kelebihan Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta
 
Kelebihan Kerja Kerajaan
 
● Kenaikan gaji setiap tahun atau berkala
● Mendapat potongan caruman KWSP atau pencen
● Kemudahan pinjaman rumah dan kenderaan
● Elaun perumahan
● Cuti tahunan mengikut kelayakan atau cuti bersalin selama 2 bulan
● Bonus tetap khidmat awam
● Peluang naik pangkat tinggi bergantung potensi kerja
 
Kelebihan Kerja Swasta
 
● Elaun yang lebih tinggi
● Gaji pokok yang tinggi
● Cuti tahunan dan cuti bersalin
● Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
● Polisi takaful dan insurans
● Bonus sama ada tahunan atau keuntungan sesebuah syarikat
 
Bagi para graduan, jadi apa pilihan anda untuk memilih sama ada mahu bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta. Kedua-duanya memiliki kelebihan masing-masing bergantung kepada potensi diri anda sendiri.
 
Sebenarnya dalam dunia pekerjaan tiada istilah yang mana lebih, sama ada kerja sektor kerajaan atau kerja swasta. Setiap kerja apa pun tetap ada kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada keupayaan dan kecemerlangan kita.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment