≡ Menu

Kepentingan Perkembangan Sistem Pengangkutan

Kepentingan Perkembangan Sistem Pengangkutan

Dalam bahagian ini ada hanya perlu menerangkan tentang apa yang penting dan manfaatnya sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal/atau kawasan sekolah anda.

Antara kepentingan perkembangan pengangkutan  di sekitar Kawasan Kajian iaitu di sekitar Kuala Kedah ialah :-

Membantu Ekonomi
Dengan adanya sistem pengangkutan ekonomi di sesebuah kawasan akan lebih cepat maju. Apabila kemajuan cepat membangun peluang-peluang pekerjaan makin banyak, dan kadar pengangur juga makin berkurang, sekaligus dana meningkatkan pendapata sesebuah kawasan itu

Mempercepatkan Penghantaran
Dengan adanya pengangkutan, penghantaran barang basah terutamanya akan lebih cepat untuk dihantar ke destinasi yang dituju, contohnya sperti susu, kuih, makanan segera, supaya tidak berlaku pembaziran sebelum expired date.

Menggalakan Pengaliran Industri
Apabila Sistem Pengangkutan teratur dan releven, pengaliran modal dan industri terutamanya bagi kawasan yang industri nya tertumpu kepada pelancongan. Banyak pelabut asing akan datang ke kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan tersebut sekaligus menambah pendapatan sesuatu kawasan itu.

Meningkatkan Mobiliti Penduduk
Penduduk yang berpendapatan rendah ataupun tidak mempunyai kenderaan sendiri akan bertambah senang jika sistem pengangkutan seperti bas dan teksi senang untuk didapati.Pengangkutan seperti ini juga memudahkan pelajar sekolah untuk ke sekolah

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment