≡ Menu




Kemaskini BR1M 2017

Kemaskini BR1M 2017 Anda Sekarang. Sila kemaskini kembali BR1M anda jika mahu mendapatkan BR1M pada tahun hadapan.

Seperti yang di ketahui umum, di dalam belanjawan 2017 yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan kadar kenaikan BR1M yang bakal di terima oleh rakyat bagi tahun 2017.

kemaskini br1m 2017

Kadar kenaikan itu meningkat seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin membebani rakyat. Pemberian BR1M adalah salah satu cara kerajaan dalam membantu ekonomi rakyat dalam menguruskan urusan seharian. Berikut adalah kadar kenaikan BR1M mengikut jenis kelompok isi rumah.

Bagi kelompok isi rumah yang tersenarai dalam  golongan E-KASIH dan berpendapatan bulanan kurang dari RM 3000 layak untuk menerima bantuan BR1M sebanyak RM 1200 berbanding jumlah sebelum ini yang hanya RM 1000.

Kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula  jumlah pemberian bantuan rakyat 1 Malaysia akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900. Bagi individu bujang  pula yang berpendapatan bawah  RM2,000, kenaikan sebanyak RM 50 yang mana melayakkan mereka menerima BR1M sebanyak RM 450.

Jumlah kenaikan ini pastinya di terima baik oleh rakyat yang man kebanyakan mereka hidup pada paras sederhana. Bagi Skim Khairat Kematian pula ianya diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Bagi melakukan semakan status anda sebagai pemohon dan penerima BR1M bagi tahun 2017, anda boleh melayari laman sesawang LAMAN RASMI BR1M .Sekiranya anda adalah penerima BR1M anda juga perlu mengemaskini maklumat peribadi bagi mengelakkan kegagalan anda untuk menerima bantuan BR1M.

Anda sudah semak status anda? Semak dan kemaskini br1m 2017 anda sekarang disini.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment