≡ Menu

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM, STPM dan Setaraf

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM, STPM dan Setaraf ok ? Berikut adalah detail untuk Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM, STPM dan Setaraf . Sila teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Permohonan UPU Lepasan SPM, STPM dan Setaraf

Anda tahu kategori permohonan UPU lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma? Pastinya pelajar lepasan SPM masih keliru hendak membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke seterusnya. Adakah mahu pilih STPM, Asasi, Diploma atau pun Matrikulasi?

Perhatian kepada pelajar yang mahu membuat permohonan UPU ke universiti tahun 2017? Anda tahu kategori permohonan UPU lepasan SPM / STPM dan Setaraf yang dikongsikan dari laman web UPU. Apakah dimaksudkan Setaraf? Ia bermaksud adalah lepasan daripada institut seperti Matrikulasi KPM, Asasi Universiti dan juga diploma daripada universiti-universiti ataupun politeknik tempatan.

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM, STPM / Setaraf

Bagi permohonan UPU, berikut merupakan kategori yang boleh dimohon kursus UPU lepasan SPM, STPM/ setaraf:

Permohonan UPU Lepasan STPM / Setaraf

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM:

Kategori A • Aliran Sastera

Kategori S • Aliran Sains

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J) Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM seperti pecahan berikut:

Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.

Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.

Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.

Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).

Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.

Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)

  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:
  • Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
  • Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2012 atau sebelumnya atau,
  • Lulusan STPM Ulangan atau,
  • Lulusan Matrikulasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan Asasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
  • Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Lepasan STAM (Kategori T)

Kategori T • Pelajar Lepasan STAM

Semoga informasi ini tentang kategori permohonan UPU lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma, dan STAM dapat dijadikan panduan kepada pelajar untuk membuat permohonan UPU masa nanti. Selamat membuat permohonan UPU tahun 2017. Sebarkan ilmu bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment