≡ Menu




Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2016

jpa
Dengan pelaksanaan kenaikan satu tangga gaji bagi penjawat awam dan kakitangan awam mulai 1 Julai 2016. Seperti yang dijanjikan didalam pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada 1 Julai 2016.

Gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh yang sama sambil menyaksikan kakitangan Gred 11 akan memperoleh gaji permulaan sebanyak RM1,200 berbanding RM837 sebelum ini

Sekiranya ditambah dengan beberapa elaun sedia ada, kakitangan gred 11 akan menikmati gaji bulanan kira-kira RM1,500

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak meskipun hasil negara tahun ini berkurangan disebabkan faktor seperti penurunan harga minyak dunia

JPAJPA GAJI BARU – KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 1 JULAI 2016
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia turut menyatakan bahawa Gred 17 dan Gred 27 diseragamkan atau dinaikkan kepada Gred 19 dan 29

Gred 17 diberikan kepada pekerja yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Gred 27 kepada mereka yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma

Kakitangan awam yang berada di Gred 17 dengan gaji semasa RM935 akan menikmati kadar gaji minimum RM1,350 sebulan selepas dinaikkan ke Gred 19
Bagi penjawat awam dengan Gred 27 yang menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362 akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1,493 selepas naik ke Gred 29
Skim saraan baharu berkenaan juga memperlihatkan 252 skim perkhidmatan awam sedia ada di naik taraf
Secara umumnya, di bawah skim baru, mereka yang mempunyai sijil politeknik akan diiktiraf setanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan Diploma atau STPM berbanding sebelum ini, mereka yang mempunyai sijil politeknik diletakkan pada tahap yang sama dengan lepasan SPM
Penjawat awam juga diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai 2016
Penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40 akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan
Langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan perkhidmatan tersebut mempunyai tenaga kerja yang kompeten selain mampu membantu merealisasikan visi dan agenda negara selaras dengan produktiviti dan daya usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat

Maklumat lengkap, sila rujuk kepada

Surat Pekeliling Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment