≡ Menu




Jawatan Renjer Hutan Gred G19 SPA8i

Renjer Hutan Gred G19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Renjer Hutan Gred G19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    G19 RM1,357.00 RM4,008.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN RENJER HUTAN GRED G19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan Sabah atau sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40)

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29

  • Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00)
  • diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan di Gred G19/20, G22, G26 atau G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29,

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(d)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas

  • Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
  • Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
  • Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
  • Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
  • Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
  • Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
  • Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
  • Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
  • Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
  • Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment