≡ Menu




Jawatan Pereka SPA8i

PerekaJawatan Pereka , semua info bagi kelayakan bakat perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Gred: B19, B21, B25, B29, B31, B37, B41, B43, B47, B51 , B53
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B19 RM1,360.00 RM4,032.00 RM100.00
B21 RM2,047.00 RM4,747.00 RM115.00
B25 RM2,597.00 RM5,289.00 RM125.00
B27 RM2,726.00 RM5,564.00 RM130.00
B29 RM1,499.00 RM5,679.00 RM145.00
B31 RM2,851.00 RM6,263.00 RM155.00
B37 RM3,565.00 RM7,588.00 RM180.00
B39 RM4,993.00 RM8,979.00 RM225.00
B41 RM2,095.00 RM9,87.00 RM225.00
B43 RM3,600.00 RM10,456.00 RM250.00
B47 RM5,162.00 RM11,692.00 RM270.00
B51 RM5,797.00 RM12,372.00 RM290.00
B53 RM6,124.00 RM13,182.00 RM320.00

SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19

  • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29

  • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)
  • Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41

  • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau (ii)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEREKA GRED B21 ATAU B25

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pereka Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEREKA GRED B31 ATAU B37

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pereka Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEREKA GRED B29

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurusolek adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEREKA GRED B41   6.

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEREKA GRED B43, B47, B51 ATAU B53

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pereka Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00

SYARAT UJIAN KHAS

  • Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat
  • Kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }
  • amir November 18, 2016, 12:19 pm

    salam,, untuk jawatan pereka masih ada kekosongan?

Leave a Comment