≡ Menu




Jawatan Penolong Pentadbir Tanah Gred NT29 SPA8i

Jawatan Penolong Pentadbir Tanah Gred NT29Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pentadbir Tanah Gred NT29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Sabah / Sarawak
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00)
  • Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00)
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,770.95)
  • Diploma dalam bidang harta tanah atau ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas 
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment