≡ Menu

Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29 SPA8i

Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama
  • Melancarkan pentadbiran kolej yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas yang lain

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment