≡ Menu




Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 SPA8i

Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,498.00 RM5,678.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas 

  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment