≡ Menu




Jawatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A29 SPA8i

Jawatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A29

Jawatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 794.00 RM5,707.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan (aeronautik, elektrik, elektronik atau mekanikal) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57)

Atau Jika Tiada Syarat Akademik Seperti DI Atas, Boleh Ikuti Syarat Dibawah

  • Bekas anggota polis atau tentera udara yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan air-frame, enjin, elektrik, instrument atau radio kapal terbang; dan
  • lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.
  • (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas 

  • Senggara, ubahsuai, membaiki kapalterbang dan alatnya secara berjadual atau diperlukan oleh pembekal atau Penguatkuasa Penerbangan Awam
  • Memeriksa dan mengesahkan alat pandu arah penerbangan dari udara di dalam kapal terbang Jabatan, alat pandu arah di bumi Malaysia dan negara jiran, alat piawaian dan alat pemeriksaan di makmal

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment