≡ Menu




Jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 SPA8i

Jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29

Jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Kementerian Perusahaan Utama/Jabatan Perhutanan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 494.00 RM5,674.00 RM145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00)
  • diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan di Gred G19/20, G22, G26 atau G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29,

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas 
Bertanggungjawab membantu merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment