≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod perubatan) Gred N27 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Kumpulan: Sokongan
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00

Syarat Lantikan:

  • STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    atau
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Pegawai Rekod Perubatan) Gred N27

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan di atas
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas 

  • Bertanggungjawab mengawasi rekod-rekod Operasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas pejabat-pejabat rekod hospital dan kemudahan-kemudahan kesihatan di dalam negeri.
  • Membantu penganalisaan, statistik untuk menilai mutu perkhidmatan perubatan, menyelaras reka bentuk dan percetakan semua rekod-rekod perubatan dan kesihatan.
  • Menyusun dan memproses laporan-laporan dan memastikan semua laporan tersebut dihantar ke Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi tepat pada masanya

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment