≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

**PENGUMUMAN PENTING YANG PERLU DIAMBIL KISAH OLEH SEMUA PENJAWAT AWAM** :

  • Kumpulan:Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Jabatan Kerja Raya/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29

  • Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00)
  • Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas 

  • Bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan
  • Permohonan Pelan Susun Atur, Permohonan Kelulusan Landskap
  • Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan
  • Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
  • Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan
  • Mengulas cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment