≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 U32 U36 U41 SPA8i

Penolong Pegawai PerubatanBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 U32 U36 U41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Gred: U29, U32, U36, U41
  • Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00
U41 RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

LANTIKAN KE GRED U29
a. i. Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
ii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

LANTIKAN KE GRED U41
a. i. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
Peranan Primer
1.1 Penjagaan Perubatan Primer
i. Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
ii. Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
iii. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
iv. Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
v. Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.

1.2 Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan
i. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
ii. Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

1.3 Pentadbiran
i. Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
ii. Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.

Peranan Khusus
2.1 Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
2.2 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
i. Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
ii. Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
iii. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment