≡ Menu

Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29

Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29, bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

 

Syarat Akademik

  • Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00)
  • Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas 

  • Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.
  • Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.
  • Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.
  • Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment