≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Latihan/ Pegawai Latihan Gred E29 E41 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Latihan Pegawai LatihanBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pegawai Latihan/ Pegawai Latihan Gred E29 E41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
E29 RM1,493.00 RM5,672.00 RM 145.00
E41 RM2,083.00 RM9,549.00 RM 225.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E29

  • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,624.00)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,643.40)
  • diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95)

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN GRED E41

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00)
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62)
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83)
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
    (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas 
Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali di dalam salah satu bidang yang berkenaan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment