≡ Menu

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan PersekitaranBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pengurus Taman/Ladang Gred G29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pengurusan dan Profesional / Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00
U41 RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

Syarat Lantikan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

LANTIKAN KE GRED U29

  • Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

LANTIKAN KE GRED U41

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

  • Pentadbiran
  • Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
  • Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.
  • Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
  • Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
  • Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
  • Mengawasi kebersihan alam sekitar.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41
Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:

  • Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
  • Keselamatan dan kualiti makanan.
  • Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
  • Perundangan dan Penguatkuasaan
  • Pengurusan dan analisis data
  • Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
  • Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
  • Penyelidikan dan pembangunan
  • Merancang program intervensi

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment