≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 794.00 RM5,707.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57)
  • Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
  • Lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan
  • Tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta bidang Approach Control dan mendapat Approach Control Rating

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas 
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan ‘Aerodrome/Approach Control’ kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment