≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia).

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Perkhidmatan Sains
  • Jadual Gaji: 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 505.00 RM5,696.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia aliran sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00)
  • sijil dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,514.33)
  • diploma dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • BErumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Skop Kerja

Membantu dan memudahkan kerja-kerja pegawai geosains dalam membuat laporan kerja terhadapat semua aspek kerja2 pengumpulan data dan sebagainya

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment