≡ Menu

Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 797.00 RM5,753.00 RM145.00

Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

  • Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
  • Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
  • Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
  • Membekal campuran, losen dan ‘ointments’ kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
  • Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
  • Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ‘ointments’ dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
  • Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment