≡ Menu




Jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,493.00 RM5,672.00 RM 145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Wrganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00)
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00)
  • diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas

  • Membantu pelaksanaan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi
  • Menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi
  • Melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar
  • Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment